Wednesday, November 18, 2009

JUNGLE TRACKING DIKELA ADVENTURE CAMP







Aktiviti ini adalah untuk menguji daya tahan fizikal dan mental para peserta.Perjalanan hutan inin memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi serta kerjasama diantara peserta .Peserta akan dibawa dan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dibawa oleh Jurulatih dari Kela Advrnture Camp.Para peserta akan melalui pelbagai halangan saperti sungai,bukit.lurah ,alur air kawasan lembab dan cerun bukit.Semasa perjalanan peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik berjalan dihutan ,teknik memanjat dan menurun bukit mengunakan tali. Peserta akan didedahkan dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan,pokok-pokok serta kegunaanya dan dapat melihat pelbagai jenis serangga yang ditemui disepanjang perjalanan.Perjalanan ini juga dapat menambah pengetahuan dan pengalaman bagi peserta

Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI YANG ADA DIKELA ADVENTURE CAMP









KELA ADVENTURE CAMP merupakan kem perkhemahan dan Latihan.Kami mengadakan pelbagai aktiviti antaranya:



  • Cabaran Berakit Buluh
  • Pengapungan/ Perairan
  • Perkhemahan dan Aktivitinya
  • Jungle Tracking
  • Berjalan Malam/Niggt Walk
  • Aktiviti-Aktiviti Malam
  • Laluan Berhalangan
  • Sukaneka dan HariKeluarga
  • Sukan Lasak
-Flying Fox
-Meniti Jambatan Burma
-Meniti Titian Silara
-Memanjat Jaring?Cargonet


Kela Adventure Camp juga menyediakan khidmat Jurulatih yang berpengetahuan dan berpengalaman bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Kami juga menyediakan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan

Friday, November 13, 2009

KEMUDAHAN CAMPING DAN HARI KELUARGA DIKELA ADVENTURE CAMP






KELA ADVENTURE CAMP adalah merupakan Resort perkampungan yang berkonsepkan penghayatan Alam.Resort ini telah dibangunkan sejak tahun 2005. Ia berada dalam dusun buah-buahan dan dikelilingi oleh hutan hujan Khatulistiwa dan berada dibawah Banjaran Titiwangsa.Ianya berhampiran dengan jalan raya dan sungai yang mengalir jernih terus kesungai Pahang.KAC berada 45 KM dari bandar Raub dan mengambil masa 2 Jam perjalanan dari tol gombak Kuala Lumpur.Pelbagai kemudahan telah dibangunkan untuk keperluan dan keselesaan peserta dan pengunjung. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah Chalet Tradisional-11 Buah-Dewan Makan-Dewan Syarahan -Dewan Santai dan Dewan Solat/ surau.Bilik mandi -tandas-dan bilik persalinan yang berasingan dan jauh antara laki-laki dan perempuan.kamijuga ada menyediakan wakaf- Plantar diatas sungai juga ada kami sediakan.Selain itu dapur tradisional untuk memasak dengan kemudahan air -letrik dan freezer.Tempat mandian/sungai dan rakit buluh ada disediakan bagi mereka yang ingin bermain rakit secara percuma disamping itu tempat letak kereta ada disediakan serta kemudahan audiovisual serta tempat BBQ

TAPAK PERKHEMAHAN DIKELA ADVENTURE CAMP







KELA ADVENTURE CAMP ada menyediakan tapak perkhemahan .Ianya terletak bersebelahan dengan chalet Tradisional.Ianya berada dalam dusun buah-buahan.Kws perkhemahan ini boleh memuatkan antara 50-60 bueh khemah atau kira-kira 400-500 peserta pada satu-satu masa.Kami juga ada menyediakan khemah .Kws perkhemhan ini disediakan wakaf air dan api bagi keperluan perkhemahan.Kws ini juga bersebelahan dengan dewan dan surau.Dikws ini juga boleh dilaksanakan pelbagai aktiviti perkhemahan

Thursday, November 12, 2009

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DIKELA ADVENTURE CAMP






CHALET TRADISIONAL.Chalet ini dibena dengan mengunakan bahan daripada alam.Lantai dan dindingnya diperbuat daripada buluh yang di chincang halus dan dijadikan kepingan saperti papan,sementara atapnya mengunakan atap bertam yang diikat dan dijlin supaya ianya kemas dan tahan.Chalet ini menyerupai rumah-rumah dizaman lampau Ianya bolih memuatkan6-8 orang .

Tuesday, November 10, 2009

Politeknik Muadzam Shah.Muadzzam







Club Kembara R2001 Politeknik Muadzam shah telah mengadakan perkhemahan selama 3H2M.Seramai 35 peserta dan 12 pengiring telah terlibat dalam perkhemahan ini.Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah berjalan malam /night walk.jungle tracking.aktiviti tali tinggi dan merentas halangan ,mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti layari www.freewebs.com/kelacamp/ utk melihat gambar aktuviti

CLUB BUMI UITM JENGKA








Club Bumi UITM Jengka telah mengadakankem perkhemahan selama 3H2M.Mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan tersebut.Mereka didedahkan dengan teknik berjalan malam/night walk ,cara berjalan dihutan/jungle tracking,teknik memanjat dan menurun bukit mengunakan bantuan tali,diberikan penerangan tentang pengunaan tali tinggi dan seterusnya membuat latihan tali tinggi saperti melalui jambatan burma,flying fox,meniti titian sillarra dan seterusnya memanjat cargo net. layari www.freewebs.com/kelacamp/ bhg photos utk melihat lebih banyak gambar aktiviti

PERKHEMAHAN SK KG JAWA KLANG







SK Kg Jawa telah mengadakan perkhemahan selama 3H2m .Pelbagai aktiviti perkhemahan telah dijalankan dalam waktu tersebut Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ,pada malam pertama mereka telah berjalan malam/ night walk.Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.Pada keesokan harinya mereka berjalan merentas hutan di sekitar kem dan pada sebelah petangnya mereka telah membuat latihan tali iaitu latihan keyakinan diri melibatkan tali tinggi seperti melalui jambatan burma,flying fox,meniti titian silara dan seterusnya memanjat cargo net.Pada sabelah malamnya para peserta telah membuat persembahan malam kebudayaan dan pada hari terakhir aktiviti merentas halangan telah diadakan terdapat 15 halangan yang ditempuhi oleh para peserta .Sila layari www.freewebs.com/kelacamp/ untuk melihat lebih banyak foto aktiviti