Saturday, October 26, 2013

PEMANDANGAN KELA ADVENTURE CAMP

Pemandangan di kela Adventure Camp

Kela adventure Camp terletak di kampung kela ulu sungai Raub Pahang Ia adalah kem perkhemahan dan latihan.Di



bena berkonsepkan alam semulajadi dan diperbuat daripada bahan-bahan alam.Chalet klasik  dewan, dorm dan dewan santainya semula diperbuat dari bahan-bahan alam mengunakan anak-anak kayu sebagai tiang, lanti dan dindingnya daripada daripada buluh sementara atapnya daripada daun bertam.ianya terletak didalam dusun buah-buahan dan ditengahnya mengalir air dari hulu sungai lipis.

Monday, October 21, 2013

TALI TINGGI -TITIAN SILARA

TITIAN SILARA

Titian Silara adalah salah satu aktiviti tali tinggi yang ada di Kela Adventure Camp.Ianya mengunakan dua tali iaitu tali atas dan tali bawah. Tali atas berfungsi sebagai tempat berpegang semasa meniti dan juga sebagai tali keselamatan sementara tali bahagian bawah sebagai tempat meniti.Kedua-dua tali diikat antara pokok kepokok.




Titian silara yang terdapat di Kela Adventure camp merentasi sungai yang mana sambil meniti peserta dapat melihat kejernihan air sungai dibawahnya.Jarak Titian silara yang perlu dilalui peserta lebih kurang 60 meter. Tujuan latihan ini dibuat adalah untuk keyakinan diri, mengatasi gayat aras tinggi, menyuburkan keberanian didalam diri sesaorang dan melahirkan semangat yakin boleh.Semasa aktiviti ini dijalankan peserta diawasi oleh  Jurulatih yang berpengalaman dari kela Adventure Camp.Kami mengalu-alukan anda melihat gambar aktiviti kami dalam www.facebook.com/kelacamp


Tuesday, October 1, 2013

MEMASANG JERAT

MEMASANG JERAT

Memasang jerat merupakan salah satu aktiviti yang di perkenalkan kepada peserta.Peserta akan ditunjukan bagaimana untuk membuat jerat  simbat dan seterusnya kumpulan peserta akan membuat jerat sambil di awasi oleh Jurulatih Kela Adventure Camp.Lihat gambar aktiviti dalam www.facebook.com/kelacamp dan hubungi kami 0199551752