Monday, October 27, 2014

JOM. BERKAWAD


BERKAWAD

 Kawad adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa. Aktiviti ini  memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukanya.


Dalam barisan semua orang tidak boleh bercakap atau bergerak  sesuka hati  .Ini adalah peraturan yang menguji tahap disiplin dan daya tahan diri seseorang dan dilakukan secara kemas dan teratur.Semua orang boleh berkawad dan memberi hukuman ketika berkawad cuma memerlukan sedikit masa dan latihan .Disini anda akan berpeluang untuk mempelajari dan merasai berkawad dan memberi hukuman ketika berkawad .


Setiap orang perlu berkawad atau mempelajari kawad kerana berkawad boleh membentuk peribadi seseorang supaya bermegah dengan tatatertib ,cergas dan segak semasa melakukannya dan taat setia semasa menerima dan melakukan arahan .Dengan satu bahasa hukuman secara tidak langsung membentuk kerjasama antara peserta dan kumpulan mengikut hukuman yang di berikan.Dalam bahasa yang mudah, dengan satu bahasa hukuman terbentuklah satu perbuatan, satu gaya dan satu suara.
Jom..  berkawad.Gambar dari Album Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)  Lihat album kami dalam www.facebook.com/kelacamp.sebarang pertanyaan tel 0199551752.

No comments: