Monday, October 27, 2014

JOM. BERKAWAD


BERKAWAD

 Kawad adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa. Aktiviti ini  memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukanya.


Dalam barisan semua orang tidak boleh bercakap atau bergerak  sesuka hati  .Ini adalah peraturan yang menguji tahap disiplin dan daya tahan diri seseorang dan dilakukan secara kemas dan teratur.Semua orang boleh berkawad dan memberi hukuman ketika berkawad cuma memerlukan sedikit masa dan latihan .Disini anda akan berpeluang untuk mempelajari dan merasai berkawad dan memberi hukuman ketika berkawad .


Setiap orang perlu berkawad atau mempelajari kawad kerana berkawad boleh membentuk peribadi seseorang supaya bermegah dengan tatatertib ,cergas dan segak semasa melakukannya dan taat setia semasa menerima dan melakukan arahan .Dengan satu bahasa hukuman secara tidak langsung membentuk kerjasama antara peserta dan kumpulan mengikut hukuman yang di berikan.Dalam bahasa yang mudah, dengan satu bahasa hukuman terbentuklah satu perbuatan, satu gaya dan satu suara.
Jom..  berkawad.Gambar dari Album Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)  Lihat album kami dalam www.facebook.com/kelacamp.sebarang pertanyaan tel 0199551752.

Saturday, October 25, 2014

MEMASANG KHEMAH


MEMASANG KHEMAH

 Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Perkhemahan adalah salah satu program penting dalam pertubuhan-pertubuhan remaja , belia,pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi, seperti persatuan pengakap dan badan2 beruniform. Aktiviti ini dilakukan agar memberi manfaat kepada peserta untuk hidup berdikari dan kerja berpasukan. 
Sebelum memulakan aktiviti memasang khemah pastikan  dahulu tempat perkemahan.Pilihlah tempat untuk berkhemah yang sesuai dan menyenangkan peserta   Ini akan memudahkan peserta  semasa berkhemah. Pastikan kesihatan kita dalam keadaan yang baik sebelum kita melakukan aktiviti perkhemahan.
Khemah ada pelbagai bentuk dan saiz. Biasanya pemilihan khemah juga amat penting .Khemah berbentuk iglo adalah amat sesuai mudah dibawa  serta senang dipasang dan mengikut kesesuaian peserta yang ingin tinggal di dalamnya. Memasang dan membuka khemah ini amat mudah cuma memerlukan sedikit masa untuk mempelajarinya.Ianya juga dapat mengelakkan khemah dari rosak dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama
Didalam satu beg khemah mengandungi satu khemah bahagian dalam dan satu lapisan luar serta tiga tulang sebagai penyokong khemah dan beberapa batang paku bagi mengemaskan khemah. Bentangkan khemah bahagian dalam dan pastikan semasa memasang tulang khemah di masukkan dengan cara yang betul dan kemas untuk mengelakkan ianya rosak dan patah kerana tulang khemah ini adalah bahagian yang amat penting semasa memasang khemah.masukkan tulang khemah tadi kedalam lubang/tempat yang terdapat dikhemah tadi.selepas khemah bahagian dalam  didirikan ,pasang pula khemah lapisan luar serta peringkat seterusnya mengemaskan dan mencantikan khemah serta memasang paku di setiap penjuru khemah  
Apabila selesai berkhemah untuk membuka khemah mana yang pasang kamudian  yang itu kita buka dahulu dan lipatlah khemah bahagian  luar dan bahagian dalam supaya ianya mudah untuk di masukkan kedalam beg khemah bersama peralatan khemah yang lain seperti tulang   dan paku khemah.
Apabila selesai berkhemah keringkan khemah serta cuci dari segala kekotoran serta simpan di tempat yang baik . 



Gambar dari Album Politeknik Hulu Terengganu (PHT) semasa Latihan Amali Kursus HT 309 dan HT 515.Untuk melihat gambar aktiviti dan dan program kami dari masa kesemasa lihat www.facebook.com/kelacamp.Hubungi kami di Kela Adventure Camp (kem Perkhemahan dan latihan) 0199551752 untuk sebarang pertanyaan.