Thursday, November 13, 2014

Latihan Jasmani/Senaman-Mulakan hari pagi kita dengan senaman ,badan sihat otak cerdas


Latihan Jasmani/ Senaman

Senaman /Latihan jasmani memainkan peranan yang penting kepada kita semua kerana kecergasan dan kesihatan yang terbentuk semasa latihan akan membantu kita berfikir secara yang tenang dan waras

Latihan Jasmani/senaman  jika dilakukan dengan cara yang betul dan teratur serta  selalu dilaksanakan,  akan dapat membangunkan daya pemikiran, membentuk perwatakan ,membentuk daya kepimpinan dan kepercayaan diri sendiri juga dapat membangunkan anggota yang kurang cergas dan memulihkan kembali anggota yang kurang sihat


Perlaksanan latihan dimulakan dengan memanaskan badan bertujuan untuk memanaskan badan sebelum latihan bermula.Selepas itu barulah dimulakan dengan senaman yang sederhana tujuanya untuk melembutkan urat saraf dan otot-otot sebelum latihan sebenar dilakukan

Kita melakanakan latihan jasmani  /senaman ini adalah bertujuan untukmembangunkan kekuatan kepantasan ketingkasan kecergasan kesimbangan dan sebagainya.Ianya dilaksanakan dengan cara melompat terjun bergayut menimbang badan dsbnya.

Cara melaksanakan latihan ini terlalu banyak ianya bolih dilaksanak ditempat yang luas dan dikawasan yang sempit .Ianya bolih dilakukan sama ada mengunakan peralatan atau tampa peralatan

Di Kela Adventure Camp kami mengunakan kaedah latihan secara  Circuit Trainning /Latihan peredaran kerana masa untuk kami bersama peserta terlalu pendek. Latihan ini  melibatkan  keseluruhan anggota  badan seperti latihan tangan dan bahu,Latihan bahagian pinggang dan latihan bahagian kaki .Cara melaksanakan latihan ini amat senang dan mudah serta  menyeronokan  kepantasan, kecergasan,kekuatan dan ketangkasanserta kelembutan pasti milik kita jika selalu berlatih.Dalam latihan ini peserta didedahkan dengan pelbagai jenis latihan  yang bolih dilaksanakan oleh mereka kelak



Latihan /senaman bolih dilaksanakan secara persorangan dan kumpulan  .Kita bolih memilih untuk  melaksanakn latihan secara berbayar atau tidak pilihan ditangan kita .laksana senaman/latihan  untuk diri kita kerana otak yang cerdas terbit dari badan yang sihat.Sayangi badan dan jaga pemakanan dan kesihatan.






Lihat gambar aktiviti-aktiviti kami dalam www.facebook.com/kelacamp .Hubungi kami 0199551752.Gambar ini dari album Perkhemahan bersepadu Unit Beruniform SMK Mahmud Raub Pahang