Wednesday, May 13, 2015

PUCUK PAKU DAUN UBI


PUCUK PAKU DAUN UBI



Banyak pemandangan yang menarik yang boleh dilihat semasa kita menaiki rakit menghilir sungai   .Kita boleh lihat tumbuhan dan pokok-pokok disekitar sungai di kiri dan kanannya. Pelbagai pokok hidup di pinggir sungai seperti pokok buluh ,pokok ara dan paku pakis yang tumbuh ditebing sungai.Persingahan sementara di check point yang ditetap sambil peserta memungut pucik paku dan pucuk ubi yang segar.Tumbuhan ini begitu sedap dijadikan lauk terutamanya di masak lemak disamping itu pucuk ubi jika direbus dan di makan dengan sambal amat menyelerakan. Bersama kami  melihat,memegang ,memetik dan memasak makanan dari sumber alam.lihat gambarkmi dalam www.kelaadventure camp facebook.

Sunday, May 3, 2015

SURVIVAL KITCHEN

MEMASAK MAKANAN

Memasak makanan merupakan keperluan bagi setiap insan. di kela adventure camp kami menyediakan satu slot bagi peserta untuk memasak bahan yang disediakan dan seterusnya makanan yang di masak itu  akan dirasai dan di adili sebelum dimakan.
Dikela adventure camp sebelum memasak para peserta akan di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mencari bahan bakar/kayu serta menyediakan tempat memasak sementara kumpulan lain akan menyiapkan bahan-bahan untuk di masak dalam masa yang di tetapkan.selepas itu peserta di kumpulkan untuk pertunjukan menghidupkan api mengunakan kayu dan bahan bahan yang kering.selepas itu peserta akan memasak dengan bahan -bahan yang telah di sediakan.
Setiap hidangan peserta akan di adili mengikut kerjasama berpasukan, rasa masakan dan kreaviti peserta.