Saturday, April 5, 2008

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DARI KELA ADVENTURE CAMP

PENGENALAN

KELA ADVENTURE CAMP merupakan resort perkampungan yang berkonsepkan alam semulajadi berlatarkan belakangkan banjaran Titiwangsa dan sungai yang mengalir Jernih. kawasan yang kaya dengan flora dan fauna ini sangat sesuai bagi yang ingin lari dari dari hiruk pikuk dan kesibukan kota. Bagi para remaja yang inginkan cabaran dan pengalaman, kem ini juga sesuai sebagai tempat rekreasi dan perkhemahan. Tempat ini telah diwujudkan sejak tahun 2003 dan telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti untuk remaja dan keluarga.

Kem ini berada 40km dari bandar Raub dan mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala lumpur.ia berada di bawah Banjaran Titiwangsa. ianya dikelilingi oleh hutan hujan khatulistiwa yang bersempadan dengan Negeri Perak.Ia juga berada tidak jauh daripada Technologi Park Malaysia

Tempat ini juga berada berhampiran dengan poerkampungan orang asli yang terbesar iaitu perkampungan asli Satak, Ruai, Kelang dan perkampungan Asli Buntu
Berkeluasan 3 ekar dan dikelilingi oleh pokok buah-buahan yang terdiri daripada durian, salak, manggis, langsat, cempedak, rimbunan kantan, rambutan dan pelbagai lagi. pokok herba juga ada ditanam disini seperti misai kucing, mas cotek, kacip fatimah dan lain-lain lagi.

KEMUDAHAN
KELA adventure Camp menanti anda dengan kehijauan alam semulajadi, kedinginan air dari pergunungan dan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung antaranya:klik sini bagi maklumat lanjut:

AKTIVITI
KELA adventure camp ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk cuti sekolah , para remaja dan juga keluarga. Antara aktiviti-aktiviti menarik menanti anda disini antaranya:

Semua aktiviti diatas dianjurkan atas permintaan dan jumlah peserta minimum adalah 30 orang. senarai harga sewa dan pakej yang disediakan..klik sini untuk maklumat lanjut

KEMUDAHAN DI KEM KAMI

ANTARA KEMUDAHAN YANG ADA DI KEM KAMI

CHALET TRADISI AMAL

Chalet yang diperbuat daripada kayu, buluh dan duan Bertam menanti kedatangan anda. keadaan dalamnya sejuk dan pengunjung digalakkan membawa selimut atau baju tebal. chalet ini boleh memuatkan 3-4 orang dengan kadar sewa yang amat berpatutan. terdapat 10 biji chalet menanti anda.

HARGA

: RM20/ CHALET

- Di perbuat daripada
: Kayu, buluh dan daun Bertam (Rumah tradisional Orang asli)
- bawa bersama
: selimut tebal dal lain-lain keperluan yang dirasakan perlu

DEWAN DAN SURAU

Dewan/surau disediakan bagi kemudahan pengunjung untuk membuat taklimat, beribadat ataupun untuk bersantai sekeluarga dewan ini boleh memuatkan sehingga 80 orang pada satu masa

KEMUDAHAN LAIN

kemudahan lain yang disediakan adalah tempat persalinan, tandas, tempat memasak,BBQ, tempat duduk, meja,wakaf dan sebagainya.untuk kemudahan semua pengunjung

KEM PERKHEMAHAN DI KELA CAMP

AKTIVITI PERKHEMAHAN DI KELA ADVENTURE CAMP

kami juga menyediakan tempat untuk mendirikan khemah. ia boleh memuatkan lebih kurang 40 buah khemah pada satu-satu masa.Ia juga boleh memuatkan seramai 150-200 peserta. kawasan perkhemahan ini berada dalam dusun buah-buahan.

aktiviti ini dapat mengeratkan persahabatan di antara peserta serta melahirkan generasi yang lebih bersemangat dan tahan lasak.

aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di ahli ahli pasukan tanpa membezakan taraf hidup antara ahli

BAGI DAPATKAN HARGA PAKEJ SILA HUBUNGI PIHAK KAMI :

019 9551752

Friday, April 4, 2008

AKTIVITI JUNGLE TRACKING

Kawasan yang digunakan untuk latihan ini adalah dikawasan hutan yang berhampiran. Para peserta akan dibawa menyusuri denai, bukit dan cerun yang akan mengambil masa diantara 2-3 Jam.Semangat kerjasama, toleransi dan kesabaran perlu pada diri setiap peserta. Anda boleh melihat pelbagai jenis pokok, haiwan dan serangga yang berada di sepanjang perjalanan

Pelbagai pengalaman menarik dan permadangan indah menanti anda.

AKTIVITI BERAKIT DAN BERMAIN RAKIT

RAKIT
Ia diperbuat daripada buluh terpilih. diambil dari rumpun buluh yang terdapat di tepi-tepi sungai atau di dalam hutan. Untuk membuat rakit 10-12 batang buluh diperlukan.
buluh-buluh tersebut akan diikat rapi menggunakan tali , rotan atau akar kayu. Panjang buluh yang digunakan anata 25 kaki hingga 35 kaki. ia boleh membawa 3-4 orang peserta berdasarkan saiz peserta dan kekuatan rakit. Setiap rakit dibekalkan dengan 3 batang galah/kayu bagi megemudi rakit

CABARAN BERAKIT

Untuk mengikuti cabaran berakit ini peserta hendaklah dalam keadaan yang sihat, kerana dalam menghadapi cabaran ini peserta memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. kepercayaan diri amat penting dalam cabaran ini. bagi mengendalikan rakit ini kerjasama amat diperlukan. Cabaran berakit bermula dari Pos Buntu menuju ke Kg Ulu sungai. perjalanan mengambil masa 6-9 Jam. ianya boleh disingkatkan sehingga ke Jambatan Pos Ruai 3-4 Jam atau jambatan Pos Satak ianya mengambil masa 5-6 Jam. setiap cabaran akan diketuai oleh penyelamat yang berpengalaman dan sedia untuk menghulurkan bantuan di saat kecemasan. peserta juga akan dibekalkan dengan makanan ditempat yang disediakan.

Bermula dengan santai pada permulaan perjalanan dapat memahirkan peserta untuk megemudi rakit. keadaan beransur mencabar pada pertengahan ekspidisi sehingga sampai ketempat penamat.

Disepanjang perjalanan para perserta boleh menikmati permandangan flora dan fauna semula jadi dikiri dan kanan sungai. Kejernihan air sungainya membolehkan kita melihat pelbagai jenis spesis ikan terutamanya kelah dan Sebarau dan lain-lain ikan serta kehidupan yang lain seperti unggas dan burung-burung

Harga aktiviti : Pakej berakit dan chalet @ berkhemah

Pakej
Harga
(rm)
seorang

IPTA/IPTS/ORGANISASI

Jadual Makan
Dan Minum
(Menu1)

KEMUDAHAN
2Hari
1 Malam
-chalet
RM90.00
penginapan chalet
Hari1
-makan tengahari
-minum petang
-Makan Malam
-Minum Malam

Hari2
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari

-dewan
-Tandas
- Bilik Mandi
-Elektrik
-Astro
3Hari
2 Malam
-chalet
RM110.00

Hari1
-makan tengahari
-minum petang
-Makan Malam
-Minum Malam

Hari2
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari
-Minum Petang
-Minum Malam

Hari3
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari

-dewan
-Tandas
- Bilik Mandi
-Elektrik
-Astro
2Hari
1 Malam

RM80.00
Penginapan : khemah
Hari1
-makan tengahari
-minum petang
-Makan Malam
-Minum Malam

Hari2
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari
-dewan
-Tandas
- Bilik Mandi
-Elektrik
-Astro
3Hari
2 Malam
khemah
RM100.00
Penginapan : khemah
Hari1
-makan tengahari
-minum petang
-Makan Malam
-Minum Malam

Hari2
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari

-Minum Petang
-Minum Malam

Hari3
-Sarapan pagi
-Minum Pagi
-Makan tengahari

sda

What to bring:
Change clothes, river shoes, camera / video, sunscreen, etc.