Saturday, April 5, 2008

SELAMAT DATANG






SELAMAT DATANG DARI KELA ADVENTURE CAMP










PENGENALAN


KELA ADVENTURE CAMP merupakan resort perkampungan yang berkonsepkan alam semulajadi berlatarkan belakangkan banjaran Titiwangsa dan sungai yang mengalir Jernih. kawasan yang kaya dengan flora dan fauna ini sangat sesuai bagi yang ingin lari dari dari hiruk pikuk dan kesibukan kota. Bagi para remaja yang inginkan cabaran dan pengalaman, kem ini juga sesuai sebagai tempat rekreasi dan perkhemahan. Tempat ini telah diwujudkan sejak tahun 2003 dan telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti untuk remaja dan keluarga.



Kem ini berada 40km dari bandar Raub dan mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala lumpur.ia berada di bawah Banjaran Titiwangsa. ianya dikelilingi oleh hutan hujan khatulistiwa yang bersempadan dengan Negeri Perak.Ia juga berada tidak jauh daripada Technologi Park Malaysia

Tempat ini juga berada berhampiran dengan poerkampungan orang asli yang terbesar iaitu perkampungan asli Satak, Ruai, Kelang dan perkampungan Asli Buntu
Berkeluasan 3 ekar dan dikelilingi oleh pokok buah-buahan yang terdiri daripada durian, salak, manggis, langsat, cempedak, rimbunan kantan, rambutan dan pelbagai lagi. pokok herba juga ada ditanam disini seperti misai kucing, mas cotek, kacip fatimah dan lain-lain lagi.

KEMUDAHAN
KELA adventure Camp menanti anda dengan kehijauan alam semulajadi, kedinginan air dari pergunungan dan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung antaranya:klik sini bagi maklumat lanjut:


AKTIVITI
KELA adventure camp ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk cuti sekolah , para remaja dan juga keluarga. Antara aktiviti-aktiviti menarik menanti anda disini antaranya:



Semua aktiviti diatas dianjurkan atas permintaan dan jumlah peserta minimum adalah 30 orang. senarai harga sewa dan pakej yang disediakan..klik sini untuk maklumat lanjut




No comments: