Tuesday, June 7, 2011
Kemahiran Hidup (Memasak) - Cooking Survival
SK Jalan Raja Muda telah mengadakan kem unit Beruniform dan Motivasi Tahunan di Kem Perkhemahan dan Latihan (Kelacamp) Salah satu aktiviti yang dilaksanakan olih SK Jalan Raja muda adalah memasak nasi dalam buluh.Proses memasak ini bermula dengan penyediaan bahan oleh semua peserta . Peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan ini di pecahkan kepada kumpulan kecil utk mencari bahan dan peralatan seperti buluh yang sesuai kayu pembakaran yang mencukupi dan daun yang digunakan untuk membungkus beras serta penyediaan tempat pembakaran.Setelah itu proses membungkus beras dibuat dengan mengunakan daun dan dimasukan kedalam buluh dan sedia untuk dimasak.Pelajar juga di dedahkan cara menghidupkan api dengan mengunakan bahan-bahan kering dan mudah terbakar seperti daun,buluh dan sebagainya yang terdapat disekeliling mereka.Setelah api menyala proses pembakaran bermula ianya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk masak dan menikmati masakan tersebut.
Cara memasak ini tidak asing bagi orang dahulu kala kerana mereka mengunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling untuk memasak dan di masak untuk dijadikan makanan mereka.selain memasak nasi dalam buluh kita juga bolih memasak air dan memasak lauk .Memasak mengunakan buluh ini amat mudah dipelajari cuma memerlukan sedikit pengetahuan.Sekiranya kehutan kita tidak perlu bersusah payah membawa peralatan cuma bawa bahan untuk di masak dan gunakan peralatan yang ada disekeliling untuk memasak.Bagi mereka yang tidak mengenal isi alam dan kegunaanya ianya merupakan pengetahuan yang amat bernilai.Tahniah kepada guru dan pelajar SK Jalan Raja Muda kerana berjaya memasak dan merasai nasi dalam buluh.Gambar-gambar aktiviti kami ada dalam http://www.facebook.com/kelacamp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment