Monday, October 21, 2013

TALI TINGGI -TITIAN SILARA

TITIAN SILARA

Titian Silara adalah salah satu aktiviti tali tinggi yang ada di Kela Adventure Camp.Ianya mengunakan dua tali iaitu tali atas dan tali bawah. Tali atas berfungsi sebagai tempat berpegang semasa meniti dan juga sebagai tali keselamatan sementara tali bahagian bawah sebagai tempat meniti.Kedua-dua tali diikat antara pokok kepokok.




Titian silara yang terdapat di Kela Adventure camp merentasi sungai yang mana sambil meniti peserta dapat melihat kejernihan air sungai dibawahnya.Jarak Titian silara yang perlu dilalui peserta lebih kurang 60 meter. Tujuan latihan ini dibuat adalah untuk keyakinan diri, mengatasi gayat aras tinggi, menyuburkan keberanian didalam diri sesaorang dan melahirkan semangat yakin boleh.Semasa aktiviti ini dijalankan peserta diawasi oleh  Jurulatih yang berpengalaman dari kela Adventure Camp.Kami mengalu-alukan anda melihat gambar aktiviti kami dalam www.facebook.com/kelacamp


No comments: