Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Perkhemahan adalah salah satu program penting dalam pertubuhan-pertubuhan remaja , belia,pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi, seperti persatuan pengakap dan badan2 beruniform. Aktiviti ini dilakukan agar memberi manfaat kepada peserta untuk hidup berdikari dan kerja berpasukan.
Khemah ada pelbagai bentuk dan saiz. Biasanya pemilihan khemah juga amat penting .Khemah berbentuk iglo adalah amat sesuai mudah dibawa serta senang dipasang dan mengikut kesesuaian peserta yang ingin tinggal di dalamnya. Memasang dan membuka khemah ini amat mudah cuma memerlukan sedikit masa untuk mempelajarinya.Ianya juga dapat mengelakkan khemah dari rosak dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama
Didalam satu beg khemah mengandungi satu khemah bahagian dalam dan satu lapisan luar serta tiga tulang sebagai penyokong khemah dan beberapa batang paku bagi mengemaskan khemah. Bentangkan khemah bahagian dalam dan pastikan semasa memasang tulang khemah di masukkan dengan cara yang betul dan kemas untuk mengelakkan ianya rosak dan patah kerana tulang khemah ini adalah bahagian yang amat penting semasa memasang khemah.masukkan tulang khemah tadi kedalam lubang/tempat yang terdapat dikhemah tadi.selepas khemah bahagian dalam didirikan ,pasang pula khemah lapisan luar serta peringkat seterusnya mengemaskan dan mencantikan khemah serta memasang paku di setiap penjuru khemah
Apabila selesai berkhemah keringkan khemah serta cuci dari segala kekotoran serta simpan di tempat yang baik .
Gambar dari Album Politeknik Hulu Terengganu (PHT) semasa Latihan Amali Kursus HT 309 dan HT 515.Untuk melihat gambar aktiviti dan dan program kami dari masa kesemasa lihat www.facebook.com/kelacamp.Hubungi kami di Kela Adventure Camp (kem Perkhemahan dan latihan) 0199551752 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment