Berjalan di air merupakan salah satu aktiviti/latihan yang dijalankan di Kela Adventure camp.Aktiviti ini dilakukam di dalam sungai. Latihan ini amat mudah dilaksanakan tetapi peserta perlu berhati-hati kerana pemandangan di dalam air tidak begitu jelas dan ada kalanya tidak nampak. Ketika berjalan seseorang kan melalui tempat berbatu licin, berlumut dan berpasir. Adakalanya batu bergerak ketika dipijak juga akan menganggu pergerakan.
Peserta akan berjalan secara kumpulan dan perseorangan. Salah satu teknik berjalan di air ialah rasai dulu dengan salah satu kaki baru berpijak dan seterusnya pergerakan ini diulang hinggalah sampai ketempat yang dituju..Ini dapat mengelakan kita terkena/terpijak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti batu tajam kayu dan benda - benda lain di dalam air.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri disamping melalui pengalaman yang berbeza diantara berjalan di darat dan d iair. Ia juga mengundang keseronokan yang tidak terhingga di samping menghayati anugerah ciptaan ilahi...
.
No comments:
Post a Comment